Temujanji Klinik Kesihatan 30 Minggu

Hai semua,

Sepatutnya post ni Ani buat dua minggu yang lalu, tetapi kerana kekangan waktu terpaksa lah di tangguhkan ke hari ini.  Banyak yang berlaku untuk pemeriksaan ke 30 minggu tu.  Huhu sedihnya...

Kali ini Ani nak cerita mengenai temujanji di Klinik Kesihatan untuk minggu yang ke 30 kehamilan Ani.  Temujanji kali ni jatuh pada 08 April 2019, pada jam 8 pagi.  Macam biasa Ani akan keluar awal ke KK, 7:30 pagi dah gerak sampai KK adalah 7:40 pagi.  Haha tak adalah jauh mana pun kan?

Oklah seperti biasa ambil no dan ikut giliran nak kene masuk bilik demi bilik.  Kalini Ani tak diminta untuk ambil check HB, sebaliknya kene terus ke bilik seterusnya iaitu periksa air kencing.  Mungkin sebab Ani dah datang dua minggu sekali jadi tak perlu sentiasa nak kena periksa HB.

Semasa pemeriksaan air kencing Ani ada kekotoran katanya...  Berhuhu lah kejap sebab dia nak buat ujian makmal.  Oklah redha ada kencing kotor, harapnya tidaklah nurse berkata apa-apa nanti.  Lepas tu macam biasa lepas je semua selesai bilik terakhir yang Ani perlu masuk ialah bilik Zon A, iaitu bilik nurse yang akan periksa keseluruhan kesihatan kita.

Masa di bilik Zon A, macam biasa dia akan check tinggi rahim, tanya mengenai kesihatan kita dan sebagainya, dan masa ni lah nurse cakap eh kenapa kencing awak kotor, awak minum apa ya?  Dengan selamba Ani jawab "mungkin saya kurang minum air pagi ni".  Nurse juga ada bertanyakan ada tak mereka hutang apa-apa pada Ani, dah pernah scan ke belum yang 28 minggu?.  Mana lah Ani tahu, cuma Ani ada cakap yang Ani tak buat lagi test minum air gula dan belum scan lagi.

Kemudian nurse minta Ani keluar dahulu tunggu panggilan sekali lagi doktor pula akan panggil.  Tak lama lepas tu nurse panggil Ani untuk scan baby, masa ni macam gembira jelah kan tapi dekat KK ni bukan kita nampak pun scan tu... Haha.  Masa scan ni doktor kata semuanya ok kecuali uri macam turun sikit tapi tak menutupi jalan.  Dalam hati dah berbisik, apa pulak tu.  Doktor bagi masa sampai next temujanji iaitu 22 April 2019 ni dan jika tidak naik juga kena rujuk pakar.

Sebelum balik doktor ada bagi dua ubat untuk kencing kotor dan beri kata semangat yang uri ni boleh naik balik... Huhu... InsyaAllah doakanlah saya.



Inilah ubat yang harus di makan, tapi dah habis dah pun... Haha.  Doakanlah temujanji pada Isnin ni berjalan dengan lancar dan uri telah naik seperti sedia kala.  Amin.

No comments:

Post a Comment