Ni dia buku pink ku.
Langkah 1 : Kenal pasti Klinik Kesihatan atau Klinik Desa yang jaga kawasan perumahan anda.
Langkah ni penting supaya awak semua tak di halau balik setelah datang sana untuk booking temujanji. Untuk memudahkan urusan tanya jiran-jiran, rakan-rakan yang duduk di kawasan itu. Lepas dah tau KK atau KD yang mana, boleh terus call klinik tu untuk double confirm betul tak dia jaga kawasan tu.
Langkah 2 : Booking temujanji.
Ok, yang ni pun langkah yang penting juga. Ramai yang tak tau step ni terus je datang ke KK dan nak buka buku pink. Kesian untuk mereka yang dah ambik cuti haritu tapi nurse tak bagi buat pun, dia suruh datang ikut tarikh booking yang dia bagi.
Macam mana nak booking tarikh temujanji buat buku ni? Senang ja, datang KK, jumpa nurse bertugas dan cakap saya nak buat buku pink, macam mana?. Nanti nurse akan beri tarikh dan dokument yang perlu anda bawa semasa temujanji. Tak lama pun datang kejap je, masa Ani datang hari Ahad (Johor Ahad kerajaan kerja) petang lepas dating dengan suami. Kurang 5 minit dah dapat temujanji.
Langkah 3 : Sila datang ke klinik pada tarikh temujanji dan bawa dokument yang di suruh tu.
Ani pun dah hilangkan list document tu, tapi yang Ani ingat kena bawa barang basic je, seperti :
- Salinan IC Suami Isteri
- Salinan Sijil Nikah
- Sijil Nikah Asal
- Buku pink kandungan lepas (bagi anak ke-2 dan seterusnya)
Jadi itu sahajalah langkah-langkah nak buka buku pink tu. Untuk kali pertama masa nak buka ni memang ambil masa lama sikit tapi lepas tu cek bulan-bulan kejap je. Kenapa lama? Sebab banyak prosedur masa first time ni.
Masa first time buka buku pink ni suami Ani tak ikut sebab kerja dan Ani memang nak pergi sorang. Tapi temujanji seterusnya semua dia teman. Haha.
Prosedur yang Ani lalui adalah :
- Timbang berat dan ukur ketinggian.
- Ambil darah - yang ni seram sikit tak silap mula-mula ni dua tube dia ambik. Haha
- Cek HIV
- Cek air kencing
- Masuk bilik nurse - dia akan bagi penerangan sikit, cek perut, dan buah dada. Lepas tu dia akan beri temujanji seterusnya dengan doctor. Sebelum balik tu nurse akan beri senarai vitamin kena ambil dekat farmasi KK.
Semoga post kali ini bermanfaat untuk mereka yang tercari-cari pengalaman orang buat buku pink atau buku merah ni.
No comments:
Post a Comment