Temujanji Klinik Kesihatan 30 Minggu

Hai semua,

Sepatutnya post ni Ani buat dua minggu yang lalu, tetapi kerana kekangan waktu terpaksa lah di tangguhkan ke hari ini.  Banyak yang berlaku untuk pemeriksaan ke 30 minggu tu.  Huhu sedihnya...

Kali ini Ani nak cerita mengenai temujanji di Klinik Kesihatan untuk minggu yang ke 30 kehamilan Ani.  Temujanji kali ni jatuh pada 08 April 2019, pada jam 8 pagi.  Macam biasa Ani akan keluar awal ke KK, 7:30 pagi dah gerak sampai KK adalah 7:40 pagi.  Haha tak adalah jauh mana pun kan?

Oklah seperti biasa ambil no dan ikut giliran nak kene masuk bilik demi bilik.  Kalini Ani tak diminta untuk ambil check HB, sebaliknya kene terus ke bilik seterusnya iaitu periksa air kencing.  Mungkin sebab Ani dah datang dua minggu sekali jadi tak perlu sentiasa nak kena periksa HB.

Semasa pemeriksaan air kencing Ani ada kekotoran katanya...  Berhuhu lah kejap sebab dia nak buat ujian makmal.  Oklah redha ada kencing kotor, harapnya tidaklah nurse berkata apa-apa nanti.  Lepas tu macam biasa lepas je semua selesai bilik terakhir yang Ani perlu masuk ialah bilik Zon A, iaitu bilik nurse yang akan periksa keseluruhan kesihatan kita.

Masa di bilik Zon A, macam biasa dia akan check tinggi rahim, tanya mengenai kesihatan kita dan sebagainya, dan masa ni lah nurse cakap eh kenapa kencing awak kotor, awak minum apa ya?  Dengan selamba Ani jawab "mungkin saya kurang minum air pagi ni".  Nurse juga ada bertanyakan ada tak mereka hutang apa-apa pada Ani, dah pernah scan ke belum yang 28 minggu?.  Mana lah Ani tahu, cuma Ani ada cakap yang Ani tak buat lagi test minum air gula dan belum scan lagi.

Kemudian nurse minta Ani keluar dahulu tunggu panggilan sekali lagi doktor pula akan panggil.  Tak lama lepas tu nurse panggil Ani untuk scan baby, masa ni macam gembira jelah kan tapi dekat KK ni bukan kita nampak pun scan tu... Haha.  Masa scan ni doktor kata semuanya ok kecuali uri macam turun sikit tapi tak menutupi jalan.  Dalam hati dah berbisik, apa pulak tu.  Doktor bagi masa sampai next temujanji iaitu 22 April 2019 ni dan jika tidak naik juga kena rujuk pakar.

Sebelum balik doktor ada bagi dua ubat untuk kencing kotor dan beri kata semangat yang uri ni boleh naik balik... Huhu... InsyaAllah doakanlah saya.



Inilah ubat yang harus di makan, tapi dah habis dah pun... Haha.  Doakanlah temujanji pada Isnin ni berjalan dengan lancar dan uri telah naik seperti sedia kala.  Amin.

Buka Buku Pink : KK Pasir Gudang

Harini nak cerita pengalaman masa mula-mula buat buku pink.  Dah beberapa bulan dah buat buku ni sekarang ni baru ada masa nak menulis, lagipun blog ni wujud lepas dah buka buku pink.  Hihi.  InsyaAllah masih segar di ingatan masa mula-mula datang Klinik Kesihatan Pasir Gudang.

Ni dia buku pink ku.

Post kali ni Ani dedikasikan untuk mereka yang baru pertama kali nak buat buku pink ni atau mereka yang dah lama tak buat buku pink dan nak tau update terbaru untuk tahun 2019 ni.

Langkah 1  :  Kenal pasti Klinik Kesihatan atau Klinik Desa yang jaga kawasan perumahan anda.

Langkah ni penting supaya awak semua tak di halau balik setelah datang sana untuk booking temujanji.  Untuk memudahkan urusan tanya jiran-jiran, rakan-rakan yang duduk di kawasan itu.  Lepas dah tau KK atau KD yang mana, boleh terus call klinik tu untuk double confirm betul tak dia jaga kawasan tu.

Langkah 2  :   Booking temujanji.

Ok, yang ni pun langkah yang penting juga.  Ramai yang tak tau step ni terus je datang ke KK dan nak buka buku pink.  Kesian untuk mereka yang dah ambik cuti haritu tapi nurse tak bagi buat pun, dia suruh datang ikut tarikh booking yang dia bagi.

Macam mana nak booking tarikh temujanji buat buku ni?  Senang ja, datang KK, jumpa nurse bertugas dan cakap saya nak buat buku pink, macam mana?.  Nanti nurse akan beri tarikh dan dokument yang perlu anda bawa semasa temujanji.  Tak lama pun datang kejap je, masa Ani datang hari Ahad (Johor Ahad kerajaan kerja) petang lepas dating dengan suami.  Kurang 5 minit dah dapat temujanji.

Langkah 3  :  Sila datang ke klinik pada tarikh temujanji dan bawa dokument yang di suruh tu.

Ani pun dah hilangkan list document tu, tapi yang Ani ingat kena bawa barang basic je, seperti :
  1. Salinan IC Suami Isteri
  2. Salinan Sijil Nikah
  3. Sijil Nikah Asal
  4. Buku pink kandungan lepas (bagi anak ke-2 dan seterusnya)
Macam anda ikut je apa yang nurse anda suruh bawa.  Datang awal dan tenang.

Jadi itu sahajalah langkah-langkah nak buka buku pink tu.  Untuk kali pertama masa nak buka ni memang ambil masa lama sikit tapi lepas tu cek bulan-bulan kejap je.  Kenapa lama? Sebab banyak prosedur masa first time ni.

Masa first time buka buku pink ni suami Ani tak ikut sebab kerja dan Ani memang nak pergi sorang.  Tapi temujanji seterusnya semua dia teman.  Haha.

Prosedur yang Ani lalui adalah :
  1. Timbang berat dan ukur ketinggian.
  2. Ambil darah - yang ni seram sikit tak silap mula-mula ni dua tube dia ambik.  Haha
  3. Cek HIV
  4. Cek air kencing
  5. Masuk bilik nurse - dia akan bagi penerangan sikit, cek perut, dan buah dada.  Lepas tu dia akan beri temujanji seterusnya dengan doctor.  Sebelum balik tu nurse akan beri senarai vitamin kena ambil dekat farmasi KK.
Lepas dah siap semua tu boleh lah balik, masa yang Ani ambil untuk buka adalah setengah hari.  Untuk temujanji selepas tu tak lama dah, dalam 2 jam dah boleh siap bergantung pada kesesakkan haritu.  Hihi.

Semoga post kali ini bermanfaat untuk mereka yang tercari-cari pengalaman orang buat buku pink atau buku merah ni.