Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana telah mempermudahkan urusanku dan suami mencari rumah sewa yang sesuai untuk keluarga kecilku.
Aku dan suami telah mula memindahkan barang sejak pertengahan bulan September lagi. Masuk sepatutnya bulan Oktober ni tapi alhamdulillah dapat tuan rumah yang tak berkira, bagi pindah barang awal sikit.
Sambil pindah barang sambil-sambil lah try duduk, ok tak pergi balik kerja suami. Alhamdulillah sekali lagi, memang baik kawasan rumah ni sebab berhampiran dengan tempat kerja suami. Kejap dah sampai.
Kawasan rumah yang dekat dengan bank, kedai, pasaraya, fastfood, haha. Dekat sini pun ada surau komuniti yang aktif juga pada waktu lepas maghrib, maklumlah waktu siang biasa orang bekerja.
Tiada apa yang boleh dikatakan lagi kecuali syukur sangat-sangat. Alhamdulillah.